Friday, 12 August 2011

Perempuan, Lelaki dan Kecurangan ? Perspektif wanita dan tips untuk bangkit dari kecurangan --> Ini betul2 punya

Hello hello~! ha kali ni bukan under construction.. Janji! tk tipu..
sorry lah ye..sebenanye aritu mmg rase nk tulis sbb sejak2 ni ramai betul yg cakap pasal topik CURANG..
Ada yang baru dicurangkan, ada yg beri pendapat, ada yang salahkan orang lain, ada jugak yg tengah berusaha nak bangkit dari kecurangan..

feeling2 ala.. pasrah gitewww kan..



Salah satu entry menarik yg saya bace pasal ni "Why lelaki suke cari perempuan lain" , disusuli dengan "Kenapa lelaki begitu kenape lelaki begini" dan disambut pulak dengan  "lelaki tak jahat hanya sedikit keliru by namee" dan mcm2 lagi la entry lain yg byk sgt nk copy kat sini


CAUTION! ENTRY INI SANGAT PANJANG.. KALAU NAK PUAS SILA BACE SMPAI HABIS, KALAU TAK LARAT, SKIP PADA TAJUK YANG SESUAI UNTUK APE YG ANDA NAK TAHU

dan saya bukan pakar hanya berpengalaman .. Pengalaman tidak hanya bermaksud pernah dicurangkan atau curang.. tetapi mungkin melalui dalam keluarga sendiri..ya lah ..ramai je orang kat lua sana yang ayahnya kawen lebih dari 1..atau kes ayah ada gf..huhu


# Babak 1 : KENAPE CURANG?

Ada yang mempersoalkan.. kenape nk menyalahkan lelaki .. lelaki tu lelaki ni.. Maaf, saya memang tak bias dalam ape jua isu, pada saya isu curang terbuka pada lelaki ngn wanita.. dimana keduanya ada tendency utk curang..

cume ada perbezaan antara curang lelaki dan perempuan
(ni ape yg sy rase, maaf kalau tk betul)

dalam entry curang yg saya bace, rate2 lelaki  "u'r d man!" .."yeahhhh lu mmg tere" "sorry, tp kau mmg tere bro".. Macam jadi kebanggaan pulak ye. Haha. Memang, kejantanan lelaki terserlah bile berjaya ada lebih dr 1 atau 2 dlm satu masa. The other khairul kate salah satu sebabnye ialah TAMAK. dan saya setuju. Lelaki bila curang, sama ada dia suke atau tak suke yang mane2 satu, dia akan cube utk simpan, sampai rahsia tu pecah.

kate khairul.. ada sorang yg bertudung dan sorang pulak hot and wild.. kenape nak buang salah 1..lelaki juga selalu je ada sifat tak sampai hati la konon.. KONON la.. dah ada lagi sorang tapi sorang lagi tak smpai hati nak dilepaskan...

Berbanding Perempuan, mereka akan cari jalan untuk buat salah sorang (yg dia tak suke) untuk Blah... 

KENAPE? Ha... meh saya nk jawab..

Lelaki dibernarkan berpoligami. Disebabkan hal ni, lelaki mempunyai naluri atau kebolehan untuk menyayangi lebih dari 1 perempuan (tk kisahla kalau dia cume nak memainkan aje perempuan simpanan2 dia).. Tapi dia mampu untuk berkasih dengan lebih dari seorang perempuan. 
Tapi tak bermakna bende ni tk bole dikawal. Bergantung pada lelaki tu sendiri. Kalau de mmg berniat utk kekal dengan yang satu, saya percaye dia akan pandai jaga diri..macam entry cik namee. 

Perspektif wanita
Perempuan pulak... Kitorang hanya boleh berkawen dgn 1 je suami. Disebabkan ini, ktorang selalu setia pada yang satu.. sebab kalau dah jumpe seorang yg kita betul2 suke.. tu je la yang kita kisah.. Sebab dah tawu dr awal memang aku tak bole kawen lebih dr 1.. watpe nk sayang banyak2..haha..

Tapi bagi kes yang perempuan curang.... satu kesimpulan yang saya dpat... kalau dia curang dengan anda, dia cume masih tk dpt ape yang dia betul2 nak kat awak, dan dia dapat ape yg dia nak pada orang lain... tak kisahla siapa yang lebih ikhlas menyayangi dia. Yang penting, awak tak ada ape yang dia nak.. dan awak tak cukup membahagiakan dia. MUNGKIN


Curang yang diketahui dengan sendiri lebih menyakitkan daripada curang yang diakui dengan sendiri oleh si pelaku..

Pada saya.. curang didefinisikan sebagai Pengkhianatan... mengkhianati kepercayaan yang diberikan... dan yang paling saya benci ialah.. bila merasakan segala yang dikongsi bersama dikongsi juga bersama orang lain

dan quote yang paling saye setuju pasal cite curang curang ni ialah:

"If someone u love cheated on you, it doesnt mean that he/she doesnt love u. He/She just DOESNT LOVE U ENOUGH to prevent him/her from seeing another woman/man"



#2 : MACAMANA NAK TAWU KALAU DIA CURANG?

Kalau nak tawu macamane perempuan curang.. sila klik sini : Tanda2 awek curang by Tamlegend

Kalau lelaki curang: Ada banyak tapi saya bagi yang paling obvious..

#1 - Selalu taknak angkat phone bile ade panggilan 
- call tu berulang tapi dia tanak angkat.. alasan? katenye ada awek suke kacau

#2 - Mahu hubungan dirahsiakan dulu - dari kawan2 and famili
Sebab? taknak terburu-buru ataupun sebab baru break, so tanak orang pk yang awk rebound

#3 Mahu ke satu tempat untuk weekend .. tapi berpesan "sy maybe bz taw..awk jgn call2 plak"
hem.. sah2 la nk luangkan masa dengan tutttt .. so tanak la kantoi kan..

#4 - Bila dia berperangai pelik (buat bende yang dia tak selalu buat)


#BABAK 3: PERCAYA PADA NALURI ANDA

Saya percaya anda yang pernah lalui ataupon sedang lalui akan ada instinct atau perasaan yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena pada sidia..ni bukan syak wasangka.. ini hanyala bende2 yang si dia buat yang jelas-jelas menampakkan yang dia dah kantoi .. tapi anda tetap nafikan..

nasihat saya... PERCAYA NALURI ANDA.. tapi JANGAN MELATAH...cari jalan ape sahaja untuk kumpul bukti.. dan cari masa sesuai untuk kantoikan si dia.. bukan utk cari sape salah n betul.. tapi just nk mengelakkan kita dituduh "awk ni menuduh je..saya tak buat lah!" atau "awk yang cemburu buta ok!"


#BABAK 4: BANGKIT SELEPAS KECURANGAN

yang ini saya tujukan kepada keduanya.. YANG DICURANGKAN dan YANG CURANG

YANG CURANG

1. berubah lah! Tolonglah jangan ada perkataan SPARE PART , SIMPANAN atau GELI GELI dalam kamus hidup anda...
Soal hati, perasaan dan sayang bukan bende main-main.. memang ada antara awk yang kate "cinta bukan segalenye" atau "sebab cinta pon nak sia-siakan hidup" ... anda betul.. tapi ingat, tak semua orang kuat macam anda... saya dulu macam anda "ahh.. putus cinta,,,move on je la..ape susah" .... jangan main2kan perasaan orang

2. terus terang atau tinggalkan sahaja yang anda tak mahu atau tak serasi..
Janganlah tunggu lame2... kalau betul hati dah tak suke..lepaskan lah salah sorang.. 
lainlah kalau ko ni laki orang.. mampu.. amekla si dia menjadi isteri.. jangan pulak berahsia... Jujurla 


3. Ingat yang setiap bende tu ada balasannya .. hari ni kita buat orang.. esok lusa orang buat kita pulak...

4. kalau hubungan diteruskan
- Amaran ! Bukan mudah teman anda mahu melupakan ape yang anda lakukan..
- Jangan melenting/marah atau tak puas hati bila teman anda berubah menjadi syak wasangka dan tak percayakan anda...Kalau pon anda terpksa pass phone kepada rakan anda hanya untuk buktikan yang anda bukan dengan orang yang tk sepatotnye.. buat aje la... bukan salah si dia pon sampai dia syak wasangka
- beri dia masa dan ruang untuk mempercayai anda semula dan memaafkan anda
- buktikan yang anda betul2 komited untuk berubah.

MANGSA

Tanya hati anda sendiri... ape yang anda mahu.. 
Kita boleh mintak pandangan, nasihat atau ape sahaja dari rakan2 kita.. tapi keputusan di tangan kita..
bagi kes si dia masih inginkan kamu, setelah dia kantoi.. tanyela diri sendiri ..sama ada awk mahu teruskan atau pun move on..

#1 kalau mahu teruskan
- AMARAN! bukan mudah untuk anda teruskan... fikir dulu masak2..
- pastikan ini betul2 yang anda mahu
- Cari masa dan ruang untuk memaafkan si dia.. sebelum anda kembali berhubung seperti biasa... 
- Banyak-banyak berdoa ...
- Jangan diungkit cerita lama kalau anda serius mahu mulakan hidup baru
- INI PENTING! JANGAN BAGITAU SATU DUNIA! ni bukan nak perli elia ehhhh...takde takde..

Sebab... saya suke quote ni "DO NOT TELL UR BESTFRENS WHAT UR BOYFRIEND DID.. COZ EVENTUALLY, U WILL FORGIVE HIM, BUT NOT THEM"

Susah nanti.. dia akan selalu di-cop n mungkin ada kalangan kawan2 anda yang tk suke kan dia..

on the other hand.. Padanla muke..sape suh buat.. LOL

PADA KEDUANYA YANG INGIN MENERUSKAN SEMULA

Fikirla masak-masak.. ambil tempoh percubaan... jangan seksa diri anda, dan teman anda..

Sebab?
anda mungkin akan mengungkit dan tidak boleh melupakan apa yang dah dia buat... pergaduhan akan berlaku.. awak tak happy..dia pon tak happy... mmg la salah dia.. tapi kalau awak terus-terusan menghukum pon relationship tu takkan kemana...
kalau anda tak bole nk move on n pilih untuk teruskan.. ambil tempoh percubaan..kalau segala kembali seperti biasa.. alhamdulillah.. kalau sebaliknya... terimalah kenyataan... relationship tu tidak berjaya... KERANA PERBUATAN ANDA SENDIRI.. lumrah manusia.. dah takde baru nk hargai..

#2 kalau tidak mahu teruskan..

1. Percaya lah.. semua ni ada hikmah.. Allah dah tentukan yang lebih baik untuk awak..
2. Cubalah jangan bersendirian.. buat perkara2 yang anda tak berpeluang nk buat masa anda ada relationship..
3.Ambil pengalaman sebagai iktibar.. jangan diulangi dan berjage-jage bile berkawan..
4. Memang susah nk memaafkan.. tidak mengapa.. beri ruang dan masa untuk diri awak..Jangan terlampau diikutkan emosi
5. Cari bantuan kalau anda tidak stabil... banyak kes orang bunuh diri kerana putus cinta beb. Kau jangan nk perlekehkan isu ni.. Tapi well.. nah saya nk bagi something:

haha saya tawu lagu ni lagu lame.. came across this song last night masa jalan2 keliling kl ngn parents sambil dengar sinar fm.. liriknye ada makna.. janganla gelakkan saya pulak ...




Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan


SEKIAN
THE END.
SELAMAT BERPUASE ESOK.

15 comments:

tamlegend said...

wah...ada nama and link aku...kena counter balik ni...aku sudah 100% sembuh...tak nak pikir lagi pasal pengkhianat bangsa ni...anyway thank u sebab menghargai apa y aku tulis...alhamdulillah...moga belajar sesuatu darinya...

Wanz Mejuez said...

super panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

gua kena baca sekali lagi ni... kena baca dan hayati betul betul...

entri ni skali pndang mmg menarik nak baca... serius super panjang..

gua nak baca sekali lagi...

Mood : baring2 sambil manja2 dengan bantal busuk

zaRain said...

wan.. siap dah bagi amaran kot kat atas yg entry ni panjang..hahahha~

Liniey Mustaffa said...

entry terbaek lah :) semput nak baca sampei habes, hee.

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

bace habis... fuh semangat...

kesat-kesat mata...

nice entri..

zaRain said...

hahah sorila sebab panjang.. sebabla tu la siap ada "under construction"..hehe.. thx for dropping by n komen

line putih line itam.. ayoyo name pendek ape ni..panjang no..nway..hahah ksian ritu cari read more..haha

iMBobo said...

kalau skali pernah dicurangi baik angkat kaki la hehe..

Wanz Mejuez said...

okay....

bagi wan lelaki secara jujut memang tamak. nak lebih dari satu. nak lebih cantik dari yang lama. nak ada super hot untuk bersama.

bila da tamak, lakonan kena ada. bila nak bolot dua dua pasangan lelaki ni selalu menipu awek pertama dan awek kedua.

hidup lelaki cuma satu. sukakan keseronokan bila bersama. dia tak suka bila satu acuan saja dalam hidup dia.. mesti dia nak hidup dengan acuan berlainan rupa dan rasa...

bab curang ni kesalahan dia wan letak pada dua pihak. sama ada awek tu cemburu atau lelaki tu terkantoikan diri..

bab cemburu dengan pasangan... syak wasangka bukan bukan boleh membingitkan kepala otak lelaki... kalau dia cakap dia tak main kayu tiga, macam mana? pastu tuduh itu ini.... lama lama percakapan itu jadikan doa... last last betul terjadi... siapa pula yang bersalah? lelaki atau peeempuan?

kekadang kita tak sedar kekurangan kita... itu pasal pasangan kita blah dari hidup kita... nak kata curang tu mungkin ya... tapi kena fikirkan balik kenapa dia curang dengan aku???

tanya diri sendiri kenapa jadi macam tu... bila dah tahu jawapan nya, kita rela lepaskan dia pergi sekiranya kita tak boleh bahagiakan dia...

kalau kita berdegil dan tak puas hati mungkin akan panjang lebar perang mulut dengan boyfriend sendiri... bila nak berhenti pun tak tau lah...

lelaki sukakan cabaran... permainan depa adalah dapat memiliki seramai mana perempuan yang boleh dia dapat..

tu pasal depa kata u are the beat bro!

Wanz Mejuez said...

u are the best bro..

sergeant keroro said...

just nice! XD

super duper panjang, but verbally explained. :)

what you give, u get back..

jangan curang lau taknak orang curang :p

ku-cit said...

nice entry

bole baca byk kali

utk peringatan diri

supaya xnyesal kemudian hari

NADIAH KZAMAN said...

wawah..great entry lah ren..yup totally agree..

papepun yg penting women should have the ability to get up and leave, that means she can hail a cab and take herself home if somebody do her wrong. Independence is sexy rather than dependent! Yeah...

Ku Azhar said...

grrrr...pndeknye! hehehe

UcOb maCHo said...

pendek beno entry nie...hehe
walking here :)

asy faro said...

waaa panjang nye..sampai mngantu mmbaca gitu~hehee
nice topic untuk dbincangkan! papepun saye xpernah curang!!cewahh~

senang2 lawat blog saye k ;

http://asyfaro.blogspot.com/

kalau menarik bole la follow.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...