Singa jantan yang gagah takkan membenarkan singa jantan lain yang tidak setanding untuk mendekati Singa betina miliknya sekali pon
Dan bagi kawanan singa itu, Singa Betina adalah Makhluk Terpenting dalam kitaran hidupnya
Begitu juga kawanan MANUSIA
sentiap individu pasti ada seorang yang Paling Penting Dalam Hidupnya
Bagi aku, Orang yang terpenting tidak terhad kepada perasaan kasih dan sayang kita pada orang itu
Kalau tidak rapat atau tidak mempunyai hubungan yang baik sekalipon, Kau masih boleh menaikkan darjat seseorang dalam hidup kau untuk menjadi yang terpenting dan teratas
bagi aku insan itu ialah Mama aku
Hubungan kami anak beranak NORMAL
seperti orang lain
Cume kami bukanla anak beranak yang berkongsi rahsia atau bercerita segale bende
Tapi alhamdulillah, bagi Mama, aku dan dia ada mempunyai hubungan yang sempurna
Semua ibu (tidak termasuk yang membunuh anak demi facebook)
mengharapkan hubungan yang telus dengan anaknya, khususnya anak perempuan
TELUS bermaksud sentiasa berkongsi rahsia, isi hati, rutin hidup dan yang paling penting pada aku, seorang ibu selalu mahu tahu siapa yang beraja di dalam hati anak perempuannya
Unfortunately, saya dan Mama tidak begitu (atas sebab2 yang tak perlu aku huraikan disini)
Tapi CUKUP bagi aku, membuatkan Mama tahu atau RASA yang kami ada hubungan itu
Demi menjage hatinya.. walhal sungguh dia tidak 100% kenal anaknya ini
Tapi aku mohon pada DIA moga tidak pernah mama akan tahu situasi yang benar
Balik pada topik entry
Dalam hidup setiap kamu PASTI ada yang TERPENTING itu
dan bagi aku MAMA adalah yang terpenting
dan aturan mudah aku untuk setiap makhluk yang bernafas di bumi ini
DO NOT MESS WITH MY MOTHER
no matter who u are to me
aku mungkin sanggop melupakan persahabatan sejak kecil
aku mungkin sanggop melupakan budi dan jasa baik kamu
aku mungkin sanggop meruntuhkan apa yang baru terjalin
Jikalau engkau mengusik walau sedikit perasaan ibu ku
Jikalau engkau biadap WALAU SEDIKIT dengan ibu ku
Hormat ku runtuh, pandangan aku akan luntur pada kamu
seandainya kamu tidak mengerti bahawa walau hubungan ku tidak sebegitu baik
Jangan Kau berani, walau sedikit, untuk berkasar dengan ibu ku.
kalau anda perasan (wah dah balik bahasa asal) ... setiap kali kita berbicara, atau mengeluarkan statement tentang sesuatu.. Allah swt akan sentiasa menguji kita semula, untuk kita pasti adakah benar ape yg kita katakan dengan mulut, same dgn ape yg tersirat dalam hati
contohnya Noraniza Idris dulu pernah berkata "saya tidak akan pernah akan berkahwin dengan suami orang"... takdir kemudian menemukan dia dengan suami orang ..dan dia berkahwin dengan suami orang dan akhirnya de kata "dulu saya cakap saya takkan, terus dpt ujian"
SO... saya berharap yang semoga pendirian saya ni tetap.. dan takkan berubah
dan semoga saya tak diberi ujian .. atau kalau diberi sekalipon
saya tidak akan menterbalikkan prinsip saya : maksudnye saya pulak yang jadi makhluk yang biadap pada mama
Moral of d story, again, i dun care who u are, just dont mess with my mother, kedua, walau kau tak ada hubungan yang baik dengan parents, cukupla kau buat mereka PERCAYE yang korang ada hubungan yang rapat dan baik (ini takde kena mengena dengan soal tanak hipokrit).. dan SIAPA yang terpenting dalam hidup anda
entry bukanla untuk dituju pada sesiapa
hanya sekadar notis
Hello hello~! ha kali ni bukan under construction.. Janji! tk tipu..
sorry lah ye..sebenanye aritu mmg rase nk tulis sbb sejak2 ni ramai betul yg cakap pasal topik CURANG..
Ada yang baru dicurangkan, ada yg beri pendapat, ada yang salahkan orang lain, ada jugak yg tengah berusaha nak bangkit dari kecurangan..
CAUTION! ENTRY INI SANGAT PANJANG.. KALAU NAK PUAS SILA BACE SMPAI HABIS, KALAU TAK LARAT, SKIP PADA TAJUK YANG SESUAI UNTUK APE YG ANDA NAK TAHU
dan saya bukan pakar hanya berpengalaman .. Pengalaman tidak hanya bermaksud pernah dicurangkan atau curang.. tetapi mungkin melalui dalam keluarga sendiri..ya lah ..ramai je orang kat lua sana yang ayahnya kawen lebih dari 1..atau kes ayah ada gf..huhu
# Babak 1 : KENAPE CURANG?
Ada yang mempersoalkan.. kenape nk menyalahkan lelaki .. lelaki tu lelaki ni.. Maaf, saya memang tak bias dalam ape jua isu, pada saya isu curang terbuka pada lelaki ngn wanita.. dimana keduanya ada tendency utk curang..
cume ada perbezaan antara curang lelaki dan perempuan
(ni ape yg sy rase, maaf kalau tk betul)
dalam entry curang yg saya bace, rate2 lelaki "u'r d man!" .."yeahhhh lu mmg tere" "sorry, tp kau mmg tere bro".. Macam jadi kebanggaan pulak ye. Haha. Memang, kejantanan lelaki terserlah bile berjaya ada lebih dr 1 atau 2 dlm satu masa. The other khairul kate salah satu sebabnye ialah TAMAK. dan saya setuju. Lelaki bila curang, sama ada dia suke atau tak suke yang mane2 satu, dia akan cube utk simpan, sampai rahsia tu pecah.
kate khairul.. ada sorang yg bertudung dan sorang pulak hot and wild.. kenape nak buang salah 1..lelaki juga selalu je ada sifat tak sampai hati la konon.. KONON la.. dah ada lagi sorang tapi sorang lagi tak smpai hati nak dilepaskan...
Berbanding Perempuan, mereka akan cari jalan untuk buat salah sorang (yg dia tak suke) untuk Blah...
KENAPE? Ha... meh saya nk jawab..
Lelaki dibernarkan berpoligami. Disebabkan hal ni, lelaki mempunyai naluri atau kebolehan untuk menyayangi lebih dari 1 perempuan (tk kisahla kalau dia cume nak memainkan aje perempuan simpanan2 dia).. Tapi dia mampu untuk berkasih dengan lebih dari seorang perempuan.
Tapi tak bermakna bende ni tk bole dikawal. Bergantung pada lelaki tu sendiri. Kalau de mmg berniat utk kekal dengan yang satu, saya percaye dia akan pandai jaga diri..macam entry cik namee.
Perspektif wanita
Perempuan pulak... Kitorang hanya boleh berkawen dgn 1 je suami. Disebabkan ini, ktorang selalu setia pada yang satu.. sebab kalau dah jumpe seorang yg kita betul2 suke.. tu je la yang kita kisah.. Sebab dah tawu dr awal memang aku tak bole kawen lebih dr 1.. watpe nk sayang banyak2..haha..
Tapi bagi kes yang perempuan curang.... satu kesimpulan yang saya dpat... kalau dia curang dengan anda, dia cume masih tk dpt ape yang dia betul2 nak kat awak, dan dia dapat ape yg dia nak pada orang lain... tak kisahla siapa yang lebih ikhlas menyayangi dia. Yang penting, awak tak ada ape yang dia nak.. dan awak tak cukup membahagiakan dia. MUNGKIN
Curang yang diketahui dengan sendiri lebih menyakitkan daripada curang yang diakui dengan sendiri oleh si pelaku..
Pada saya.. curang didefinisikan sebagai Pengkhianatan... mengkhianati kepercayaan yang diberikan... dan yang paling saya benci ialah.. bila merasakan segala yang dikongsi bersama dikongsi juga bersama orang lain
dan quote yang paling saye setuju pasal cite curang curang ni ialah:
"If someone u love cheated on you, it doesnt mean that he/she doesnt love u. He/She just DOESNT LOVE U ENOUGH to prevent him/her from seeing another woman/man"
Kalau lelaki curang: Ada banyak tapi saya bagi yang paling obvious..
#1 - Selalu taknak angkat phone bile ade panggilan
- call tu berulang tapi dia tanak angkat.. alasan? katenye ada awek suke kacau
#2 - Mahu hubungan dirahsiakan dulu - dari kawan2 and famili
Sebab? taknak terburu-buru ataupun sebab baru break, so tanak orang pk yang awk rebound
#3 Mahu ke satu tempat untuk weekend .. tapi berpesan "sy maybe bz taw..awk jgn call2 plak"
hem.. sah2 la nk luangkan masa dengan tutttt .. so tanak la kantoi kan..
#4 - Bila dia berperangai pelik (buat bende yang dia tak selalu buat)
#BABAK 3: PERCAYA PADA NALURI ANDA
Saya percaya anda yang pernah lalui ataupon sedang lalui akan ada instinct atau perasaan yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena pada sidia..ni bukan syak wasangka.. ini hanyala bende2 yang si dia buat yang jelas-jelas menampakkan yang dia dah kantoi .. tapi anda tetap nafikan..
nasihat saya... PERCAYA NALURI ANDA.. tapi JANGAN MELATAH...cari jalan ape sahaja untuk kumpul bukti.. dan cari masa sesuai untuk kantoikan si dia.. bukan utk cari sape salah n betul.. tapi just nk mengelakkan kita dituduh "awk ni menuduh je..saya tak buat lah!" atau "awk yang cemburu buta ok!"
#BABAK 4: BANGKIT SELEPAS KECURANGAN
yang ini saya tujukan kepada keduanya.. YANG DICURANGKAN dan YANG CURANG
YANG CURANG
1. berubah lah! Tolonglah jangan ada perkataan SPARE PART , SIMPANAN atau GELI GELI dalam kamus hidup anda...
Soal hati, perasaan dan sayang bukan bende main-main.. memang ada antara awk yang kate "cinta bukan segalenye" atau "sebab cinta pon nak sia-siakan hidup" ... anda betul.. tapi ingat, tak semua orang kuat macam anda... saya dulu macam anda "ahh.. putus cinta,,,move on je la..ape susah" .... jangan main2kan perasaan orang
2. terus terang atau tinggalkan sahaja yang anda tak mahu atau tak serasi..
Janganlah tunggu lame2... kalau betul hati dah tak suke..lepaskan lah salah sorang..
lainlah kalau ko ni laki orang.. mampu.. amekla si dia menjadi isteri.. jangan pulak berahsia... Jujurla
3. Ingat yang setiap bende tu ada balasannya .. hari ni kita buat orang.. esok lusa orang buat kita pulak...
4. kalau hubungan diteruskan
- Amaran ! Bukan mudah teman anda mahu melupakan ape yang anda lakukan..
- Jangan melenting/marah atau tak puas hati bila teman anda berubah menjadi syak wasangka dan tak percayakan anda...Kalau pon anda terpksa pass phone kepada rakan anda hanya untuk buktikan yang anda bukan dengan orang yang tk sepatotnye.. buat aje la... bukan salah si dia pon sampai dia syak wasangka
- beri dia masa dan ruang untuk mempercayai anda semula dan memaafkan anda
- buktikan yang anda betul2 komited untuk berubah.
MANGSA
Tanya hati anda sendiri... ape yang anda mahu..
Kita boleh mintak pandangan, nasihat atau ape sahaja dari rakan2 kita.. tapi keputusan di tangan kita..
bagi kes si dia masih inginkan kamu, setelah dia kantoi.. tanyela diri sendiri ..sama ada awk mahu teruskan atau pun move on..
#1 kalau mahu teruskan
- AMARAN! bukan mudah untuk anda teruskan... fikir dulu masak2..
- pastikan ini betul2 yang anda mahu
- Cari masa dan ruang untuk memaafkan si dia.. sebelum anda kembali berhubung seperti biasa...
- Banyak-banyak berdoa ...
- Jangan diungkit cerita lama kalau anda serius mahu mulakan hidup baru
- INI PENTING! JANGAN BAGITAU SATU DUNIA! ni bukan nak perli elia ehhhh...takde takde..
Sebab... saya suke quote ni "DO NOT TELL UR BESTFRENS WHAT UR BOYFRIEND DID.. COZ EVENTUALLY, U WILL FORGIVE HIM, BUT NOT THEM"
Susah nanti.. dia akan selalu di-cop n mungkin ada kalangan kawan2 anda yang tk suke kan dia..
on the other hand.. Padanla muke..sape suh buat.. LOL
PADA KEDUANYA YANG INGIN MENERUSKAN SEMULA
Fikirla masak-masak.. ambil tempoh percubaan... jangan seksa diri anda, dan teman anda..
Sebab?
anda mungkin akan mengungkit dan tidak boleh melupakan apa yang dah dia buat... pergaduhan akan berlaku.. awak tak happy..dia pon tak happy... mmg la salah dia.. tapi kalau awak terus-terusan menghukum pon relationship tu takkan kemana...
kalau anda tak bole nk move on n pilih untuk teruskan.. ambil tempoh percubaan..kalau segala kembali seperti biasa.. alhamdulillah.. kalau sebaliknya... terimalah kenyataan... relationship tu tidak berjaya... KERANA PERBUATAN ANDA SENDIRI.. lumrah manusia.. dah takde baru nk hargai..
#2 kalau tidak mahu teruskan..
1. Percaya lah.. semua ni ada hikmah.. Allah dah tentukan yang lebih baik untuk awak..
2. Cubalah jangan bersendirian.. buat perkara2 yang anda tak berpeluang nk buat masa anda ada relationship..
3.Ambil pengalaman sebagai iktibar.. jangan diulangi dan berjage-jage bile berkawan..
4. Memang susah nk memaafkan.. tidak mengapa.. beri ruang dan masa untuk diri awak..Jangan terlampau diikutkan emosi
5. Cari bantuan kalau anda tidak stabil... banyak kes orang bunuh diri kerana putus cinta beb. Kau jangan nk perlekehkan isu ni.. Tapi well.. nah saya nk bagi something:
haha saya tawu lagu ni lagu lame.. came across this song last night masa jalan2 keliling kl ngn parents sambil dengar sinar fm.. liriknye ada makna.. janganla gelakkan saya pulak ...
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
saya hanya nk katekan satu bende je harini "anakku bukan anakmu"
hari ni.. seorang gadis yg ala2 sukekan budak kecik teramat sngat..
telah snatch my baby niece dr trolly tanpe izin..
kalau takat angkat n duduk situ takpe..
siap bawak g tempat yg sy tak nampak
semata2 nk tunjuk kat mat bangla kedai sebelah "ni anak i!"
seb baik baby zahra menanges bile nampak mama dia (me)..
saya amek dia blk n cakap "kenape tk mintak izin dulu??" kat orang tu (grrr)
minta maaf.. "anakku bukan anakmu!"..
kalau ye pon"eii suke gile nyeeee ngn baby!" "comelnye baby!" "comel nye..,eh ikot kakak meh?"
tolong MINTAK IZIN DAHULU...
Hormat sensitiviti mak bapak budak kecik yg awak "eii suke gile nyeeee ngn baby!" "comelnye baby!" "comel nye..,eh ikot kakak meh?" .. minta izin dulu "kak, bole tk saye nk bawak lari anak akak?"
pecayela.. korang pon akan rase tak selesa..bile ade orang yg tk dikenali..amek anak korang tanpe mintak izin..sebab parents sentiase berwaspada..nk jaga keselamatan anak..so..sensitif siket ok!
tk pasal2 engkau dah jadi baby snatcher.. and aku dah memaki hamun kau dlm hati
parents, makcik dan pakcik kepada anak2 buah sekalian.. sila berhati-hati bile bawa anak kecil ke shopping mall.. terlepas pandang 1 minit anda mungkin kehilangan anak...in my case..seb baik cume gadis "eii suke gile nyeeee ngn baby!" "comelnye baby!" "comel nye..,eh ikot kakak meh?" yang amek..bukan orang gile jual baby. Tuminah and fiza.. ingat, jage2 kalau bawak anak korang
p/s: kalau bawa baby comel cam zahra mmg sentiase jadi perhatian..nk wat cano kn?
hello HELLO! Hope korang berbuke ngn sesedap rase arini.. harini nk cite sal reality tv..share urs with me oso okies?
I'm a fan of Reality TV
Saya kurang menengok (ade ke pekataan ni) TV series (glee, desperate housewives, korean series, vampire diaries, bla bla bla)
sebab saya seorang yang PEMALAS nak ngikut
Sebabnye.. everytime smpai kemuncak..tibe2 klua plak "bersambung.."
Dayum.. tetibe esok tkleh plak tengok cos ada hal..or d next week terlepas plak siri tu
So that's why i prefer reality TV
Lagipun drama can be too much for me sob sob sob
Kalau movies pon saye penggemar cerite2 yg mind twisting - yg ending de tak seperti yang kita xpax atau yang memerlukan kita untuk bg 120% concentration and memerlukan kita berfikir sepanjang tayangan..
Saya rase seronok dan bertarung dengan diri sendiri -- dlm hati..berlumbe utk tawu siapa penyangak sebenar
antara movie2 hebat yang sangat2 super duper duper duper duper duper duper punye duper suke ialah
State of Play - Russell crowe ---> I'm a big fan.. jarang miss cite yg dia berlakon..suke gile nk gile ngn Gladiator
Secret Window ---> Johnny Depp: this dude is super mysterious and bole bw watak ape pon!
Inception--> cite paling tunggang tebalik yg aku penah tengok..serius dayum
love story yang aku suke pon cite The Lake House .. sbb poetic and sentiase nk predict ending
eh dah mumbling banyak sangat ni!
patah balik
ok ni adalah antara reality tv yg saya suke sangat....enjoice
MASAKAN
HELL'S KITCHEN / MASTERCHEF / TOP CHEF
segale term2 yang chef2 gune utk masakan pon saye dah tawu..hahha..pegi mkn kat memane pon dah pandai.."alamak, overcooked la.." or "technique tk bagus".. pepandai je kan.. padahal sendiri tak tawu masak
kang satu ari mak masak..
ckp camni:
memang sah sah la kena penampo ngn mak kalau aku brani cakap camni ..haha
one thing i learn from Top chef.. Chef Carla ckp "When I got into d competition, I wanted to show d world, the other way to compete, which is to compete with Love"
.. sweet nye..Top chef season Carla ni yg paling ada semngat setiakawan.. touched by their passion for food and concern pada kengkawan seperjuangan
sbb selalu competition byk back stabbers and over confident miss smarty pants "im gonna win this! yeahh!"...padahal..kalah terus..
PROJECT RUNWAY
project runway paling feveret metila season 4 ..masa ada christian siriano..lepas tgk episod lain rasenye tk jumpe lagi pengganti dia..bayangkan dlm masa yang singkat same cam orang lain, de bleh hasilkan something yg lain n detail gile
tgk cite ni.. tak pasal mulut i dah pandai kan ckp "looks cheap"..."ohh avantgarde!" ewah..
I am d kinda girl yang suke less make up and i hate high heels kalau hari biase..But suke tengok orang lain yg pandai selesakan diri ngn high heels and pandai pulak padan2 kan baju/color/make up/kasut.. Im so jeans and tshirt person.
dialog feveret "one of u will be named d winner, and one of u will be out"...sepanjang zaman itu je la dialog si Heidi tu..tak berubah..haha
SO U THINK U CAN DANCE
Yee ha! ini paling suke tengok sbb bende yang paling saye takde talent ..LANGSUNG OK! hahaha.. but its great to see such passionate people move dgn beat n rhythm n at d same time express emotion.. uwah.. my feveret ialah
my lovely and super talented Lauren...
moral of d story entry ni bukan la pasal reality tv mane yg best.. ataupon ape yg saya suke pasal reality tv ataupon pasal saya yang terefek oleh impak media massa..hahah tapi pasal kekaguman saye pada orang-orang yang ada passion n talent
Pada saye rahsia kejayaan mereka yang berjaya dlm bidang2 mcm ni ialah.. mereka tk malu dan yakin dengan ape yang mereka ada ..dan mereka teruskan passion mereka yang sangat mendalam pada bidang yang mereka minat..
sesetengah orang terlampau kisah ngn pendapat orang..bile org kate "tak cantiklah weh"..terus je ilang semangat n give up.. (applicable pada kes cik anon yg asik nk menyerang)
mcm blog.. saya sangatla newbie..dan barula nk kenal name2 mcm Yuyu, FL, Hana Tajima, Ben Ashaari dan ramaiiiiii ya allah bloggers skng..n saya KAGUM! ramainye yg ada talent menulis n xpress pendapat.. oh my.. saya kecik sungguh terase..
I AM A STALKER
Saya seorang stalker yang terok ..kerana saya suke sangat mengendap hasil2 kerja orang2 yang super talented n bercita-cita dlm hati utk ada such talent..tp talent bukan sesuatu yang bole dipaksa..
so saranan saya pada meraka yang ada passion pada sesuatu bende
pedulikan ape orang kate
teruskan minat anda kalau itu yang anda mahu
curahkan idea anda dan share kepada seluruh dunia.. especially me!
ini semua anugerah Allah.. manfaatkan la ye!
p/s : one of my obsessions now ialah stalk page sandra azwan..sbb artwork de cantek sgt. go cekidaut. almaklumlah..orang baru..baru nk kenal2 ngn bloggers yang multi talented. -jgn ckp aku nk bodek eh!
Hello yaw~! Harini duk bersembang dengan Shafira and Amalina pasal isu jujur n curang..
saya tanakla sentuh sal curang tu.. (sebab kalau ckp smpai ke sudah tk abes)
Saya nk ckap sal isu
Jujur ..
ok .. Saya nk kongsi satu cerita yg saya baca dlm majalah bahse omputeh (tk ingat name) kat sebuah cafe' masa ngn feeling2 merajuk n masam muke sambil menikmati minum petang yang lemak berkrim disukai ramai..isu ialah "Things I didnt tell my husband" -- lebih kurang gitu la..
ada antara kita yg berpendapat.. "walaupun dah kahwin tak perlu terlalu jujur"...sy selalu bace komen ni..dalam perbincangan yg berbau "kalau dah tk suci" ... "teraniaya" ... "kisah silam yg takde sape tawu".. ataupun "kes keluar makan or berjimba dengan lelaki/pompuan lain"
ok .. sy nk kate yg saya..
TIDAK SETUJU
kalau dah name nk sehidup semati..mane bole ada rahsia lagi.. kalau gitu..takyahla kawen.. cube kalau isteri/suami anda ada rahsiakan sesuatu..kalau dpt tawu mesti anda marah kn? jgn tipu!
Ok berbalik pada cerita yg tadi (dlm majalah tu).. si ERIN (bkn name yg same).. berkahwin dengan RICHARD (bkn name kwn kau) duda tak ber-anak..
mereka ni same2 ada pendapat yg mereka tak perlukan anak utk buatkan perkahwinan mereka bahagia..
tapi tak pulak dorang benci bebudak.. cume dorang belom rase nk anak...
sehinggala satu ari..Richard melihat Erin melayan n mendukung anak seorang kenalan dorang n de rase feeling lovey dovey n rase "I Want a child with this woman" ..lalu menyatakan hasratnye kepada erin
Erin bangge gile sbb Richard kate..de tak penah terpk langsung nk ada anak masa dgn ex-wife de dulu..
so erin pon menerima cadangan Richard dan bermulalah percubaan dorang utk dpatkan anak.. Erin berenti makan pil perancang.. tapi disebabkan faktor usia.. susah tuk dorang dapatkan anak..
(Erin menarik nafas lega..phewww-sbb de kate "Its not that i hate kids, i love them..but they're just not for me")
So..Richard pegi wat research pasal baby tabung uji.. n akhirnye ketemu klinik fertility kat oversea (Australia tk silap).. yg memakan kos bepuluh riban..
Erin terpakse akur sebab tak sampai ati tgk kesungguhan Richard... so dorang wat test n segale proses... Percubaan pertama ni gagal.. dorang pulang ngn hati yg hampa ke Msia...dorang move on..n kembali happy
tapi.. setahun lepas tu.. Richard pujuk Erin utk cube sekali lagi..n sanggop utk kuakan puluh riban lagi (kalau de ni ada anak lelaki..dah dua org dah de bole kawenkan)...
Erin tanak ..tapi nk jage hati suami..de terpakse pegi... tapi kali ni Erin meletus..
erin kate "I rase diri i ni cam machine u tawu tak? U tak tanye pon i ok ke tak! yang u tawu u nk anak, u nak anak, u nak anak! yang kena penatkan diri i 9bln mengandung n bertarung nk beranank nanti i, bukan u!" pandai tak aku translate haha ...
Richard bengang n terus tinggalkan Erin (pegi urusan bisnes yg patotnye dorang pegi together lepas abes tempoh utk stay kat hospital
malangnye (bg Erin).. de wat pregnancy test..n de sah mengandung! Esoknye.. Richard call dan minta maaf..and kata dia sanggup lupekan hasrat utk nak anak tu sebab terlalu sayangkan Erin baik dow laki de..
mereka berbaik semula..tapi Erin tak bagitau yg de dah ngandung... Setibenye kat Malaysia..Erin wat pregnancy test lagi sekali utk kepastian..n memang sah dia mengandung...
ok here's d saddest part... Erin pegi wat abortion sorang2 tanpe pengetahuan Richard and berniat utk merahsiakan perkara tu seumo hidup... Richard pulang ke rumah n disambut Erin macam biase.. n sampai la ni Richard tatau yg Erin dah buang their precious one and only child..hanye kerana Erin selfish n mmg takmau anak... walaupun perkahwinan dorang bahagia.. Erin percaye satu ari nanti Richard akan tawu jugak perkara sbena..n de berharap suami dia dapat maafkan dia..
tragik tak? so..kalau korang... masih nk berahsia ke ngn teman hidup nanti?
so moral of d story bukan la sal Erin yg tak suke nak anak, puaskan hati suami yg inginkan anak, atau kesukaran mendapatkan anak.. tapiKEJUJURAN dalam berpasangan, perkahwinan dan kehidupan....
apa gune kita hidup sebumbung tapi masih ada rahsia yg membelenggu diri kita n sentiase ternanti nanti rahsia tu utk pecah...
Kita ni hidup berbilang bangsa..standard la ada kawan2 rapat atau tak yg berbangsa lain or beragama lain. Aku dah ckp ni bukan entry racist. 1 je bende lazim yang selalu aku hadapi bile berbual ngn non muslims ni dorang suke sgt tanye aku:
Wei, ko tk panas ke pakai tudung? aku kesian tgk kau, tk panas ke? kenape tuhan kau suke menyusahkan kau pakai mcm ni sepanjang hari?
atau
Ah koon (nama sebenar) : Wei rin, u ni kenape pakai tudung?
Me : Sbb i nk pakai la apesal?
Ah koon: memang kena pakai ke?
Me: Ye, berdosa kalau tk pakai
Ah Koon : OO tp aku tengok Ina tk pakai pon?
Me: Ikot suke hati dia la..
Ah Koon : Maknanye bole la kalau tk pakai?
Me : Tak boleh
dan terbaru
C : Kenape kau nk seksa diri kau puasa? tk makan tk minum sepanjang hari?
atau
citer ni pemes mesti ramai yg tawu
sorang india bertanye pada sorang ustad
I : Kenapa kau orang Islam makan lembu?
Ustad: kenape?
I : ye la lembu kan binatang yang suci
Ustad : Sebab de suci la aku nk makan. Watpe aku nk makan bende kotor (bravo bravo)
moral of d story bukanla aku nk marah non muslims sbb tanye aku soalan bebanyak --dorang ada hak nk tanye, sbb dorang tak tawu kn.. atau pon bukan sbb nk tekankan yg non muslim suke je nk counter blk jawapan yg kita bagi sbb nk bg muslims doubt.. ataupon pasal cara2 bernas nk menjawab soalan dorang ...tp just nk tekankan Agama Aku tak Menyeksakan Aku
365 setahun kau boleh makan seberapa banyak kau nak..ari2 ko makan junk food la..fast food la.. yg byk MSG dan segala preservatives... ape ko nk tonggak pon tonggak la..lantak ang la... Cume 30 hari je dr 365 hari tu Allah suruh aku puase. Aku ada lagi 335 hari untuk aku melantak. Susah ke? Lagipun bagus pe..aku dpt merehatkan badan dan perut aku dr terus terusan makan tak hengat!
Kau penah denga ke "Seorang pemuda ditemui mati akibat kelaparan setelah seharian menjalankan ibadah puase".. tk penah kan? so puasa bukan seksa pon...bukan mati pon cik oi.. aku bole mkn la masa buka kang..
Human can survive 3 to 5 days without food and water lah.. aku puasa less than 12 hours ok (tolak time aku tido.hahah)
Nampak sangat tuhan aku tu Pengasih, Pemurah, Penyayang...sbb DIA bg aku chan utk slow down aktiviti dosa aku ..n bagi aku Chan hapuskan dosa aku yg aku makin tambah2 dlm masa 335 hari tu..
Aku sibuk berjoli sakan.. mega sale la.. wayang la.. karok la..dating la.. masa ni la aku nk mengingatkan diri..muhasabah yang masih ramai org kat lua tu yg susah dn tk dpt nikmati ape yg aku nikmati hari ni
Dan Paling bestnye.. Ramadhan ni ibarat training.. kenape? sebab setelah sebulan amalkan makan ngn saba dan sihat, sebulan amalkan mcm2 amalan..lepas Ramadhan masih terasa sayang nk tinggalkan..secara tak langsung Ramadhan baiki hidup aku..
SO INGIN AKU JELASKAN DISINI
Dear Non Muslims,
Islam Tidak Menyeksakan Aku
marilah convert Islam
rakan2 Muslim, jangan biarkan diri anda sangsi dengan agama sendiri kerana mereka sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan kesangsian dalam diri kita.
Situation yg paling aku benci n terase nk freeze mase n mengamuk cam org gile
1. Sesi nk pilih ahli group n ko orang yg last takde group n ko act cool cam "emm..sape tk cukup orang?"
2. Bila gamble je pegi ape2 aktiviti tanpe berteman n smpai2 je..sume org tgh berbual dlm group masing2..
3. Bila ko usha wall orang lain n banding ngn wall kau yang senyap sunyi..
4. oh yeah, n bile ko act cool bile ko duduk sorang2 .. pandang kiri..senyum..pandang kanan ..senyum...dalam hati %$#@*&^%^!
Lagi WTF bile
1. Ko rase nk bertanye kaba dengan orang.. tp.. takde org yg kau bole call n ckp berjam
2. Bile ko bace ciri2 kawan yg sejati n ko realize.. "fak.. sape yg sanggup wat mcm tu utk aku?"
Nanti..nanti..jgn selalu nk menyalahkan orang lain..Mungkin Salah Kita sendiri... Mungkin..
1. Ko terlalu berterus terang..
2. Ko tersakitkan hati orang
3. Ko mmg tk pandai berkawan
masa ni ko akan selalu jadi in denial.. sebab ko akan kate "alah bukan salah aku".. "there will always be haters" and "there will always be those people who would die to see u fall"
but ada moment yang ko akan sedar;
*shit lah*
Cube ko kaji dulu diri sendiri.. Mungkin ada sebab di sebalik situasi yg ko alami.. mungkin ada perkara yang kau buat yg buat orang tk suke.. Well, someone told me that Stand for What U believe Is right..
I did that.. in the end tak sume yang kita stand for bawa kebaikan utk semua.. tp lumrah hidup..kita tak bole puaskan hati semua orang..
There will be a time when u realize that its better to apologize n let things go..
My advice.. do whatever u can .. n ape sahaje yang ko rase bernas n perlu untuk jernihkan keadaan..walaupun tu bermakna meruntuhkan ego ko sendiri.. Sometimes bende ni wat kita rase lebih tenang n rase "aku dah jalankan tanggungjawab aku"
Tapi macamana kalau TAKDE APE YANG BERUBAH..?
Bile perkara tak mcm yang ko mahu, tapi ko dah jalankan ape yg kau rase perlu.. biarlah..
Aku sedar yang dalam hidup ni kita tak bole puaskan hati sume orang.. ape yang kita boleh buat ialah:
1. Move on
2. Jadikan kesilapan yang dah berlaku sebagai pengajaran
3. Jangan diulangi perkara yang ko dah pernah buat atau yang orang dah buat pada ko
4. Belajar perbaiki diri
Tapi walaupun camtu.. Always believe in urself.. U can improve urself to be a better friend, better person, better human being.. BUT never be what people want to see..
cos people will never satisfy with what they see..
chill la.. darth vader pon takde kawan masa kecik2.. tapi masalahnye aku ni dah tua
Bersaba.. dan look at the brighter side.. tak semua orang dilahirkan utk disukai semua orang.. dan setiap orang ada "aura" n "persona" masing2..
Selalu la pentingkan quality over quantity..mungkin tak sume orang sukekan kita..tapi always remember yang kita tetap ada kawan yang setia..
For me, walaupun aku bukan jenis yang ramai kawan2.. tp at least there will always be Irna Shahana, Mariam, Yaya, Nad, Nurshamyang aku jumpe maybe setahun sekali but sentiasa di hati n u know they're always there...n most importantly my bestfriend -Idham yang sentiase di sisi..n UIA friends yg masih sudi bertanya khabar
Yeah.. tak best bile hilang kawan or ada orang yg tk suke.. tp what to do?
Move on
Be who u are, Believe in urself
Always do whatever u can to improve, not to change who u really want to be
To those out there who was hurt by any of my actions..Im sorry.. to those who hurt me n didnt realize the things that they did.. Im sorry u didnt get d chance to realize how much i love u.. i pray to Allah HE shall bless all of u always n forever...
Ramadhan datang lagi.. ! Alhamdulillah saya masih bernafas utk bertemu Ramadhan untuk yang ke 23 kalinya.
*malam tadi saye terpikir.. kalau ada antara anda yg tawu..respon ye.. kita semua tawu..syaitan diikat pada bulan puasa.. jadi ape jadi kat org2 yang membela (u know what i mean) ye? Bulan puase 'pet' dorang tu rehat la ye? tak dapatla dorang nk menyantau org? kalau yg amek tuk cantek..bulan pose de huduh la? hmm...
korang perasan ke.. snanye bulan puase bukan menurunkan berat (syabas bg yg turun).. tapi snanye makin menambahkan berat.. why? sebab seperti mumblings di bawah:
selepas 30 hari.. maka datangla aidilfitri yang mulia..
Raya pertama : "ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi" .. hahah first raye mestila nk melantak juadah raye yg cam best
Raya kedua, ketiga, dan raye2 seterusnya.. melantak kuih raya dan juadah open house
Makanye... makin bertambah la berat oi! So, sempena bulan puasa yg ke 23 kali nye ni.. resolusi baru utk menjaga badan :
Kurangkan kuantiti nasi
Lebihkan air mineral kurangkan air bergula
Jangan ikotkan perot semasa nk beli juadah berbuka.. ilex ilex..kita kan dah besa kn kn kn kn?
kurangkan tido -makruhla!
ok.. dah dahla tu pasal duniawi makanan n menjage body.. kita beralih pada amalan bulan puasa ye..
Solat terawih : "Sesiapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah) maka diampunkan dosa-dosanye yang lalu" - Hadis Riwayat Imam Muslim : 759
Membaca al-quran, bersedekah, berselawat, berzikir dan sebagainya
Semoga tahun ini saya dpt beribadat lebih lagi! Cita-cita nk abeskan quran pd bulan ramadan yang asik tak kesampaian..mana la tawu tahun ni kesampaian sempena menjadi penganggor tegar kan? hehe..Aum!!! (xde kena mengena)
..bace entri tu dan ini jawapan bagi setiap bende..
1. Bila lelaki kate de main game.. THEY MEAN IT. kalau ajak sembang .. konfem cam ni.. "awk.. cite khurafat ni seram kn?" ........... beberapa minit kemudian "ha'a.betul" .... "awk, bile kita nk tgk transformers?" ....... beberapa minit kemudian "ha'a.betul" ... "..................."
pegila wat hal korang sendiri..masa ni la jugak korang nk ada masa sendiri..tp guys.. jgn marah kalau ktorang sebok ngn facebook / gosip / chatting .. ktorang pon ada 'game' time okeh!
2. Kalau kitorang hulur duit time korang terhegeh cari duit..boleh je.. tp jgnle setiap kali pon nk tehegeh!
3. Korang tk suke nk jawab mesej n kol setiap mase.. kalau da taw awek tu slalu je nk kol or msg.. at least sebelom nk menghilang tu jadila sweet sikit .."u, i nk ilang kejap..i nk g berak ngn membe i..rasenye dalam sejam setengah kot..lepas tu kita borak k? i jnji..thx yang.."
ini tak .. korang tawunye ilang tibe2 .. pastu "awk ni tk fhm ke saye ade bende lain nk wat?"
4. pasal merajuk ni..hkehekhekhheke.. we just want ur attention ..tu mmg hobi aku..
5.No such thing as 'i love u, i miss u all d time?" ... huhu perbezaan perempuan ngn lelaki.. perempuan lebih suka dilimpahkan dengan kata2 manis (mungkin tk semua).. sbb tu ppuan suke no tanye "u, u syg i tk?" walaupon dah 10 juta kali tanye.. lelaki---> JAWAB JE LA BOLEH? BUKAN MINTAK DUIT KO PON!
6.Kalau guys wat alasan tanak dating maknanye tengah pokai. Ok.. tak kisahla.. tp pe salahnye girls belanje sekali sekala kan? ganti2 la..paling2 pon g la minum petang jap..ok pe.. tp huhu beware..kekadang alasan tanak dating ni hahah ada muslihat lain..takut teserempak ngn madu hang.. hahah (ops spekulasi je..jgn mara)
Ubahla persepsi lelaki je kena baya.. bagusla kalau de dah bekerjaya n berkepuk..tp sekali sekala kita belanje..pe salahnye..kalau same2 stadi..bayala half2.. kalau agak2 dah selalu sgt ckp je "u baya!" or "aaa..u baya eh?" or..senang..tak yah bawak wallet..hahah
7. Kalau tgh dating bf korang tgk perempuan lain (writer ni kate tu maknanye menunjukkan dorang tk homo).. so pe susah..korang g je la usha lelaki hensem jugak..mane2 yang bejaye menangkap mata korang tu "pergh ensemnye" ..pe susah ..buang mase je nk cubit dorang or nk marah.. MUTUAL beb mutual.. (tp opss sory *jage pandangan mata* hahahah)
8. Cemano korang tk suke tunggu kitorang make up lelamo mcm tu jugak la den malas nk tunggu ekau berak lamo2 dlm toilet ..
9.no komen
10 & 11 . ni sadly i have to agree with d guys..mmg tol time ni susah. Y not kita ada mutual agreement. Lelaki kena faham .. syndrome dat time of d month ni kekadang SUSAH DIKAWAL.. kitorang mmg ada tendency utk moody n cepat marah.. tk leh control.. tk caye bace ni : Salah faham typical PMS... so korang kena la bg laluan jap kalau kitorang marah... lek lu few minits ke hours ke.. then ctc la balik "elo..yuhuuu u dah ok?" ... yang girls.. kita kena belaja control ok.. dah agak2 marah tu.. letak fon tu kejap.. kalau de ada depan muka.. grab pandangan ke arah lain ..ke arah mamat ensem ke..tarik nafas.. n bertenang..
12. nama anak? kawen baju kale ape? ikot occasion kot..maknanye kalau kita tengah pegi kenduri kawen ..pe salahnye ckp sal baju kawen kan? Janganla kita tengah tengok wayang ekau g ckp sal baju kawen..khakha.. nnti mesti ppuan tu wat step no 4 - tarik muka masam .."awk ni saya ckp wat tatau je"..hehe padahal subjek tk kena masa
13. Jangan harap lelaki jadi sesempurna makhluk.. hmm.. ni normal la..kekadang korang pon nk memacam gak dari pompuan..pe kata dua2 same jadi yg terbaik utk each other..kan senang..kn? tp ni betul a girls, sorry saya terpaksa sokong (ada pistol kat kepala).. kekadang we tend to xpac mcm2 dari they all.. (ahhh! haruslah!)
14. jgn ckp "saye tk fahamla ngn awk ni" ? dah mmg tk faham pon.. kekadang bende nk marah tu ridiculous (same je la kita pon ppuan kekadang).. no komen.. haha
16. Buncit seksi? habes bile yg ppuan buncit takleh plak.. "bini2 sekarang tk pandai jage diri..cemane la laki lari.. balik keje je, bini selekeh..cube la berbedak sikit...wangi2" "ppuan kene la pandai jaga badan..barula suami setia tak cari yang lain" .. or menurut kelab isteri taat yang serius wtf "layan suami mcm pelacur jadi suami puas ati" ...................HELLO!
Pompuan je yang nk kena jage badan? korang cane? Buncit seksi..? I buncit seksi tak? I demand u ada 6 pax hujung minggu ni.. hahahha... same2la kita work out d gym bercinta sambil belari atas treadmill ye?
moral of d story bukanla pasal nk menjawab or serang balas entri En Faiz..entry menarik, dan bukan jugak pasal saya nk menang,.. tapi perlu ada kompromi or omputih kata give-and-take.. or dlm thesis saya banyak no pekataan "mutual benefit"..... ok ok..jangan gaduh semua ...rilek rilek..
happy Wednesday yaw! ~ harap2 esok ada something yang baik utk saya dan anda semua..amin
Manusia zaman 2011 sangat ada tendency utk Judge orang lain dlm erti kata lebih harsh MENGUTUK orang lain. Sebab-sebab yang paling saya boleh nk tangkap di sebalik perangai lame ni ialah:
Takde keje lain nk buat
Ekspresi pendapat sendiri
Manusia 2011 lebih berjaya dan berpikiran luas = mmberi kuasa utk menghukum orang lain
Memang dilahirkan suka mengutuk
situasi 1
Ibu A: wah.. anak awk comel nye! awk bg susu ape?
Ibu B: tq.. saye bagi campur2.. siang susu botol..malam susu ibu..
Ibu A: (muka jelik dan tak puas hati): iye? eii awk... kenape? kan susu ibu tu yang terbaik!
Ibu B: ye saya tawu..sbb tu saya bg juga mlm..masalahnye kan kita kerja..susah kalau nk bg 100%
Ibu A: kesian anak awak .. Saya beranak nnti saya nk bg susu saya
D hell la awk nk bg susu awk.. suke hati Ibu B la nk bg ape pon
mane2 ibu pon wajar ada pilihan sendiri utk wat ape2 pilihan pon. Mesti ada reason d sebalik pilihan dia. Instead of judging u should first ask why she made such choice. Ambil sebagai contoh atau panduan. Kalau tk setuju dengan pendapat dia **** off!
Some people say "ish pehal ramai sgt nk pakai tudung hana tajima ni?" ... Suke hati dorang la sengal.. The positive side of it trend tu dah ubah perspektif orang pasal bertudung. Lawa ke tk suke kepala dia la dia nk pakai kn?
Again d moral of d story bukan pasal susu ibu, ibu A yang judge membuta tuli, Ibu B yang pilih utk wat pilihan tapi this is about the KEBEBASAN MEMILIH. Kita berhak membuat pilihan sendiri utk ape sahaje sekali pon..kalau hidup ni asek nk berlandaskan kepuasan hati org heh susah la babe! belajar hormati pilihan orang lain berhentilah menjadi orang yang sentiase menghukum tindakan orang lain dan berhenti melabel ini tak bagus itu tak bagus.
Padah tk boleh tido, I came across this picture .. eii menakutkan la muka Sylvia Plath ni (forgive me please jgn haunt aku mlm ni)..
So bermula la eksplorasi mengenai wanita dalam gambar ni. Ingatkan dia bunuh anak dia tp tak (aa jgn marah sy Sylvia marah Coline Covington sebab wat awak nmpak menakutkan!)
Semasa nyawa masih dikandung badan Sylvia, dia mengalami depresi yang teruk setelah ditinggalkan suami, Ted Hughes, kerana wanita lain. Kan aku dah kata putus cinta tkleh wat main2. Sylvia sebenarnya seorang poet, penulis dan bijak (sbb de penerima scholarship Fulbright and masok kolej).. De banyak hasilkan puisi yang masih menjadi bahan rujukan sampai hari ni. Nway cut short, Sylvia terlalu depress sampai tk bole nk menjage kedua anaknye, Frieda and Nicholas.So Ted tinggalkan dia masa Nicholas hampir nk sambut birthday dia yang pertama so Frieda masa ni 2 tahun. 1 bulan kemudian, Sylvia amek keputusan nk amek jalan shortcut ke Hell.
Cerita tu tk berhenti di situ. Oleh kerana Frieda and Nicholas sgt kecil masa tu, they all percaye yang pada usia tu anak2 Sylvia turut mndapat kesan depresi terlampau Sylvia. So 43 tahun selepas itu, Nicholas mengikut jejak langkah ibunya, dengan menggantungkan diri - another shortcut to Hell. Sepanjang hidup Nicholas, dia mengalami depresi kerana menganggap dia sebagai punca ibunya membunuh diri dan banyak lagi andaian lain yang dia wat just to figure out y d hell did mom killed herself.
So cam biase, moral of the story kat sini bukan sal Sylvia, Ted Hughes yang curang, kekasih Ted yang rampas Ted, Nicholas yang amek shortcut atau depresi akibat putus cinta tetapi pasal parenting dan peranan ibu bapa dalam pencorakkan (ade ke pekataan ni?) anak2 di dunia yang penuh dugaan ini. Satu hari kita akan jadi ibu bapa juge (bravo pada readers yg dah jadik).. jadi beringat lah..si kecik tu sentiasa memerhatikan gerak geri kita dan dia akan turut ter-efek dgn mood or emosi kita.
pada yang tak pernah tgk vid ni..saya kongsi balik.. tengok n awak akan rase "pergh make sense dowh" by the end of the vid. Enjoy~ n happy mumbling. n Yes, I first saw d vid kat blogserius.
Hey friends, its gonna be us jumping soon! Hey congratulations to all of you.. No matter what, be proud with whatever you've achieved! Here goes, dengan sebak di dada I am writing this specially to my friends in UIA. First of all, THANK YOU / terima kasih / syukran untuk SEMUANYA! Tq sentiasa bagi sokongan, tunjuk ajar, pertolongan, kerjasama dan keprihatinan anda sepanjang saya belajar di UIA. Kalau tenet laju, on lagu dulu ye baru baca..hahah baru la feeling feeling
HONG KONG group
Aih trip paling seronok gile ~ pegi sane mmg had fun sepanjang masa. Tq semua sbb byk bg kejesama masa nk exhibition n sepanjang kat sane!
BAYU CONSULTANT
i will never ever ever ever forget kepayahan n kesusahan kita sepanjang ni. Masa kita tetido tegolek golek kat studio buat kerja..n cabaran sbb group kita lelaki cume sorang. THX sbb berusaha jugak! Thx Filzah for sharing stories with me. Thx min, izzah, tajul, azza, mun, farah, wani!
hey hey we used to be like brothers n sisters... thx for everything and thx for the things we shared back then.. Sharifah Faatihah tq for being such a wonderful sis. I love you. To my dearest Shafawati ..I hope everything that I ever did that hurts u so bad will soon be forgotten and do know that I have no intentions what so ever to hurt u intentionally. Allah bless both of u always and forever.
Thank you so much for giving me d chance to be part of you. Thank you for all the time and love we shared together. Sorry for anything at all that I did wrong. Nina, Jannah, Izzah, Fizah, Helma, Ida, Yasmin, Dokte, Mael, thanx! i wish all u the best of luck and may Allah bless all of u.
Ayue ucop! Tq byk tolong i sepanjang kita praktikal..(aww touching).. Tq la utk sume2 bende u tolong i, denga i merepek repek, n lepak2 ngn am.. i sayang u (ahaks~).. Jadirah, Rukyah n Moon Thx sbb selalu bg melepak bilik n sedut2 movie. Aisya Aina, tq so much tolong masa wat projek paper. Maseh! Zul jgn marah aku selalu ejek ang mata kecik.Farah, jai, Aswad good luck!
ok sorry mencurik gamba korang.. haha.. nway min.. im gonna miss u lots lots lots lots lots lots n lots.. tq sbb byk amek berat n tak lupe call time sakit .. tq so much. ahhhhhhh *hug*.. buyang..ahhahah im gonna miss u too.. tq daling for everyhing. Nonie unnie.. tq sbb selalu je bg komen yg berterus terang..n thx thx .. Naddy.. thx for listening .. I will always always ingat ur advices and hey, im gonna miss u babe! nawar..thx for being so nice to me! all d best korang!
To d rest of u, Zalina, Filzah, Aulia, Zaleha, Fatima, Wani kedah, Wani kelate, Aini, Atul, Aida Adia, Ayumi, Raihan & GG, Rahimi, Zulhilmi, Mushi, wooo ramainye nk ingat, Azizee Rohimee, Abe, Hidayah, Ijat, Duan, Daus, Hanif, Fazli, Fido, Diba, Qla, n semua2 batch kita.. (takut ada terlupe).. TQ!
Saya nak wat clearance ngn awak semua. MINTA MAAF andai ada terkasar bahasa, terover mengarah, terlancang bahasa, tergedik perbuatan, tersakitkan hati, terpentingkan diri sendiri, terjelikkan mata, termenyampahkan atau ape ape je la.. saya harap kita dah CLEAR ye..? Good luck utk semua2 yang bakal anda semua lalui selepas ni..semoga berjaya mencapai impian masing2 dan semoga kita sentiasa diberkati Allah.amin
Hello semua! Kali ni ape yg saya nk cakap lebih bersifat curiosity dan harap anda dapat beri pendapat dan buah fikiran anda pasal topik ni. Isunye pasal MEDIA MASSA. Ok, d question is : "Benarkah drama/filem or any medium of mass media boleh mengubah / mempengaruhi perspektif atau kepercayaan kita pada sesuatu benda?"
Ada permintaan utk menghalang tayangan drama tahajjud cinta (Saya tk malu untuk mengaku yang saya menonton drama Melayu.Saya pon tonton drama korea, series inggeris or mane2 rancangan yg berjaya menarik minat saya. Otak sy tidak terhad pada "produk melayu tk bermutu". tengok dulu baru judge.tk rugi pape pon.mase je la kot). Ok menurut mereka yang membantah ni, katenye menyampaikn mesej buruk pd institusi pendidikan pondok (sbb watak ustaz yg amek kesempatan kt pelajar ppuan -klise but shit happens) dan sbb fazura yg belaja kat luar negara pulang berpurdah n ada ijazah shariah law instead of civil law yang mummy modern dia mintak.
Ini bukanla situasi pertama yang melibatkan beberapa individual yg butthurt n menghalang sesuatu bende. banyak dah. tapi cuba kita fikir.. kalau ade 10 ustaz tk semuanya muslim sejati.mcm perbincangan sebelumnye tak semua yg kita harapkan sempurna. Kalau benar institusi pondok di Malaysia tak sbegitu, kenape mesti thses individuals naik marah dan nak berhentikan tayangan hanya kerana TAKUT drama tersebut beri gambaran buruk. benar ke ada mak bapak yang akan kata "oh semalam sy tgk tahajjud cinta. ada ustaz ni jahat miang. jgn hantar anak kita ke skola pondok, ye bang?" .
Saya rase ibu bapa di Malaysia, walaupon serendah mane level of education. setiap ibu bape pasti nk yg terbaik.walaupon silap langkah terhantar anak ke skolah yg salah, mane2 ibu bape pasti akan bertindak cepat utk perbaiki. So kenape kita viewers dilabel sbg penonton yg tk intelektual.. yang tidak boleh bezakan yg benar n yg salah? adakah ibu bape kat msia ni terlampau bodoh smpai terpengaruh dgn impak drama? atau adakah anda sbg pelajar uni bole terpengaruh dn menganggap institusi pondok bawa impak negatif dan org yg belaja di luar negara tu baik..commonla!
anda patot tonton dulu cerita tu.. tgk penghabisannye.. kalau ada pengajaran kita amek..kalau tkde pengajaran.. SO WHAT? ianya hanya hiburan di televisyen .. selagi tayangannya tak semurah dan sejelik karya GAMBIT SAIFULLAH..
viewers today are not that stupid. Institusi pendidikan pondok adalah sistem pendidikan yg mulia yang membimbing mereka yg pilih utk mengabdikan diri sepenuhnye kepada allah. THATS IT.
d moral of d story bukanla pasal cite tahajjud cinta..hahha sory la dah mumble.. what im trying to say is...Cubala kita jgn terlampau ada sekatan minda terhadap semua bende. apa shj usaha yg nk dibuat ada saje nk dikomplen... ada je nk dibantah.... beri laluan dulu... blueghhhh ...~