ENTRY TIDAK TERLALU PANJANG HAHA
Dalam hidup
tak kire ape jua level kehidupan
Mesti ada Peraturan
Dalam satu kawanan HAIWAN pon pasti ada aturan
Contohnye "Do not mess with my woman"
Singa jantan yang gagah takkan membenarkan singa jantan lain yang tidak setanding untuk mendekati Singa betina miliknya sekali pon
Dan bagi kawanan singa itu, Singa Betina adalah Makhluk Terpenting dalam kitaran hidupnya
Begitu juga kawanan MANUSIA
sentiap individu pasti ada seorang yang Paling Penting Dalam Hidupnya
Bagi aku, Orang yang terpenting tidak terhad kepada perasaan kasih dan sayang kita pada orang itu
Kalau tidak rapat atau tidak mempunyai hubungan yang baik sekalipon, Kau masih boleh menaikkan darjat seseorang dalam hidup kau untuk menjadi yang terpenting dan teratas
bagi aku insan itu ialah Mama aku
Hubungan kami anak beranak NORMAL
seperti orang lain
Cume kami bukanla anak beranak yang berkongsi rahsia atau bercerita segale bende
Tapi alhamdulillah, bagi Mama, aku dan dia ada mempunyai hubungan yang sempurna
Semua ibu (tidak termasuk yang membunuh anak demi facebook)
mengharapkan hubungan yang telus dengan anaknya, khususnya anak perempuan
TELUS bermaksud sentiasa berkongsi rahsia, isi hati, rutin hidup dan yang paling penting pada aku, seorang ibu selalu mahu tahu siapa yang beraja di dalam hati anak perempuannya
Unfortunately, saya dan Mama tidak begitu (atas sebab2 yang tak perlu aku huraikan disini)
Tapi CUKUP bagi aku, membuatkan Mama tahu atau RASA yang kami ada hubungan itu
Demi menjage hatinya.. walhal sungguh dia tidak 100% kenal anaknya ini
Tapi aku mohon pada DIA moga tidak pernah mama akan tahu situasi yang benar
Balik pada topik entry
Dalam hidup setiap kamu PASTI ada yang TERPENTING itu
dan bagi aku MAMA adalah yang terpenting
dan aturan mudah aku untuk setiap makhluk yang bernafas di bumi ini
DO NOT MESS WITH MY MOTHER
no matter who u are to me
aku mungkin sanggop melupakan persahabatan sejak kecil
aku mungkin sanggop melupakan budi dan jasa baik kamu
aku mungkin sanggop meruntuhkan apa yang baru terjalin
Jikalau engkau mengusik walau sedikit perasaan ibu ku
Jikalau engkau biadap WALAU SEDIKIT dengan ibu ku
Hormat ku runtuh, pandangan aku akan luntur pada kamu
seandainya kamu tidak mengerti bahawa walau hubungan ku tidak sebegitu baik
Jangan Kau berani, walau sedikit, untuk berkasar dengan ibu ku.
kalau anda perasan (wah dah balik bahasa asal) ... setiap kali kita berbicara, atau mengeluarkan statement tentang sesuatu.. Allah swt akan sentiasa menguji kita semula, untuk kita pasti adakah benar ape yg kita katakan dengan mulut, same dgn ape yg tersirat dalam hati
contohnya Noraniza Idris dulu pernah berkata "saya tidak akan pernah akan berkahwin dengan suami orang"... takdir kemudian menemukan dia dengan suami orang ..dan dia berkahwin dengan suami orang dan akhirnya de kata "dulu saya cakap saya takkan, terus dpt ujian"
SO... saya berharap yang semoga pendirian saya ni tetap.. dan takkan berubah
dan semoga saya tak diberi ujian .. atau kalau diberi sekalipon
saya tidak akan menterbalikkan prinsip saya : maksudnye saya pulak yang jadi makhluk yang biadap pada mama
Moral of d story, again, i dun care who u are, just dont mess with my mother, kedua, walau kau tak ada hubungan yang baik dengan parents, cukupla kau buat mereka PERCAYE yang korang ada hubungan yang rapat dan baik (ini takde kena mengena dengan soal tanak hipokrit).. dan SIAPA yang terpenting dalam hidup anda
entry bukanla untuk dituju pada sesiapa
hanya sekadar notis
SEKIAN
Selamat Selasa
Selamat Berpuasa
Dan pertama kalinya
ceyh macam la pemes kan..
saya bukan yang kanan
2 comments:
sebelah kanan tu maknya ehh...igtkan penyayi uji rashid tadi...
sweet je ibu n anak :)
Post a Comment